Hargailah kehidupan yang masih bersisa

Tuesday, August 16, 2011

DIARI KATA 1

Assalamualaikum w.r.t

Tiba-tiba tangan rajin untuk menekan keypad pagi-pagi ni..Rasanya hampir kita ke penghujung fasa ke-2 ramadhan yang menjanjikan kita dengan sepenuh keberkatan,kemuliaan dan kenikmatan yang kita tidak akan mampu gapai untuk bulan-bulan lain..

Andai esok ramadhan yang terakhir untukku, adakah aku bersedia dengan amal-amalanku???
persoalan ini memang sukar untuk kita Allah tidak akan menjadikan sesuatu tanpa sedikit pun kebaikan yang di sertakan.

Bersyukurlah kita, andai Allah izinkan lagi kita bernafas di bumi ini..berusahalah untuk meningkatkan amal. Janganlah kita mengeluh dengan banyaknya dosa tetapi carilah peluang untuk tingkatkan amal. Moga syurga yang kita cari menjadi pencetus amalan untuk Ilahi...

Thursday, August 11, 2011

SAHABAT & CINTA

Assalamualaikum w.r.t...

Seminggu menyepi..Kali nie saya just nak cakap pasal entry kat atas tu..

Selalunya lah bila kita punyai seorang teman yang istimewa, sahabat yang paling kamceng pun akan jadi jauh cam duduk dua benua..Betul or tak saya tak tahu sebab bagi saya segalanya terletak pada sikap individu tu sendiri..Andai niat untuk bersahabat kerana Allah tanpa apa-apa niat lain, insyaallah segalanya badai, ribut taufan yang datang sekalipun takkan jadi apa-apa..Sebabnya Allah dah lahirkan perasaan sayang dalam diri.

Begitu juga cinta, jangan letakkan cinta atas dasar nafsu dan perasaan semata..ramai orang sekarang bercinta sebab si dia tu hensem la..cute la..bawak kereta besar or stylo giler la..saya pun tak boleh nak cakap apa sebab tu la penangan dari bisikan syaitan..tapi kan kalau kita letak cinta hanya kerana Allah, insyaallah kalau tu jodoh kita dengannya ianya akan kekal...

Jadi andai Allah dah lahirkan rasa cinta dalam diri kita, letakkanlah matlamat cinta tu hanya untuk keredhaan Allah..moga ianya kekal tanpa sedikit pun wujudkan ruang yang boleh rapuhkan sebuah persahabatan..Bak kata orang berkawan biar bercinta biar satu tapi jangan kerana yang satu tu kita hilang yang beribu tu..:)