Assalamulaikum w.r.t
Mungkin kita sering terfikir-fikir, adakah segala keputusan yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk diri kita? Ataupun untuk orang-orang yang amat bermakna dalam hidup kita? Setiap hari kita perlu membuat pilihan. Pilihan yang akan merubah hari kita. Mungkin tidak hari ini atau esok tetapi ia pasti berubah. Kenapa topik ini yang aku bangkitkan??? Mungkin kerana terlalu banyak pilihan yang terpaksa aku lakukan akhir-akhir ini. Pilihan yang banyak memberatkan kepalaku dan bakal merubah hidupku. Kadang-kadang kita sebagai manusia tidak lari dari membuat kesilapan dan setiap kesilapan dari pilihan yang salah akan mengundang sengsara untuk diri kita.
Setiap kali aku tak pernah lepas untuk menitipkan doa, memohon agar segala pilihan yang kulakukan adalah yang terbaik, bukan untuk diriku tapi untuk orang-orang yang ku sayangi. Janganlah sesiapa pun mempertikaikan kenapa aku jarang untuk mengambil kira diriku dulu kerana yang aku pasti aku hidup untuk orang-orang yang aku sayangi dan menyayangi aku.
Kalau sesiapa bertanya kenapa itu yang aku lakukan walaupun aku tahu kelak diri aku sendiri yang terluka? Adakah aku tidak menyesal? Ya aku memang terluka tapi aku tidak penah menyesal kerana aku yakin setiap yang keputusan yang aku lakukan lahir hati dan doa kepada pencipta-Ku. Aku yakin Allah akan membahagiakan aku sekiranya aku membahagiakan orang-orang disekelilingku.
Ya Allah, kalaulah ini yang patut aku korbankan untuk mendapat cinta-Mu..untuk die mengapai impiannya untuk mencintai-Mu..aku yakin pengorbanan aku takkan Kau sia-siakan..
Sekiranya kita telah membuat pilihan janganlah menyesal atas pilihan yang dilakukan. Janganlah pandang kebelakang lagi dan yakinilah setiap keputusan yang kita lakukan datangnya dari-Nya..^^
Bayangan Sepi
3 Februari 2012 (16:19 p.m)
No comments:
Post a Comment