Assalamualaikum w.r.t
Selesai sudah hari pertama seminar skill lembut yang aku hadiri...
bagi aku memang tak rugi sebab banyak sangat input2 yang berguna dapat aku perolehi...
Sebenarnya bukan seminar hari ini yang aku ingin ceritakan tetapi pengisian yang aku dapat menerusi Tuan Sidek tadi..
memang sangat2 manarik dan aku nak kongsikan bersama kalian semua untuk renungan bersama....
Kisah bermula dengan kemunculan seorang raja yang amat menyukai buah manga...
Sedang baginda raja sedang menikmati kesedapan buah yang dimakannya tanpa baginda sedar jarinya terputus dek kerana kelalaiannya semasa santapan tersebut...
Kerana terlalu sedih atas kemalangan tersebut baginda menyuruh hulubalang memanggil bendahara mengadap baginda lalu diceritakan apa yang telah berlaku...
Selesai baginda raja bercerita dengan suara yang tenang bendahara menyatakan bahawa segala yang berlaku mungkin ada hikmah yang tersurat...
Baginda yang murka akan kata-kata bendahara terus mengarahkan hulubalang2nya memenjarakan bendara tersebut atas ketelanjuran berkata-kata tadi..
Keesokkan harinya, raja telah pergi memburu bersama-sama dengan hulubalang2nya..
Sedang asyik semua berburu, mereka diserang oleh sekumpulan puak kanibal yang memakan daging manusia lalu mereka melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa masing-masing tanpa menyedari bahawa raja mereka telah ditangkap...
Semasa malam upacara keagamaan mereka, puak kanibal telah memeriksa raja tersebut sebelum dimasak untuk bagi hidangan malam mereka..
Salah seorang daripada mereka menyedari bahawa raja tersebut telah pun cacat lalu mengambil keputusan untuk melepaskannya..
Raja yang amat2 gembira kerana terselamat terus berlari ke penjara istana lalu mengarahkan hulubalangnya melepaskan bendahara tersebut lalu baginda raja mengucapkan terima kasih kepada bendahara atas nasihatnya sebelum ini..
Bendahara hanya tersenyum lalu berkata " patik juga berterima kasih kepada tuanku..Jikalau patik tidak dipenjarakan nescaya patik telah dimakan oleh puak tersebut..segala yang berlaku ada hikmahnya".
Kisah ini amat mamberi kesan kepada aku agar tidak terus menyalahkan apa yang berlaku..
mungkin ada hikmah yang tidak mampu aku banyangkan mengubah hudup aku suatu hari nanti...
Thanks sebab sudi membaca cerita yang bagi aku bermanfaat untuk semua..
Banyangan Sepi
20.06 (19 Nov 2011)
No comments:
Post a Comment