Hargailah kehidupan yang masih bersisa

Saturday, December 10, 2011

Kenangan di Penang




Assalamualaikum w.r.t

Tetiba rase rindu dengan blog nie..Lame da tak update ape2..Banyak sangat komitmen yang terpaksa didahului..Baru-baru nie aku ade sertai program di P.Pinang..Niat pada awalnya hanya sebagai pemikul amanah semua sebab aku kan exco keusahawanan tapi selepas 3 hari disana baru aku rasai kemanisan program tersebut..Banyak ilmu yang mampu aku dapat juga kawan2 baru yang amat2 peramah walau pada mulanya masing2 hanya senyum2 kambing bile jumpa..hehe

Thanks to azrin Sarju, arif Roslan, Nazree, fuad Amir dan Saleeza Azura..kenangan dengan korang aspecially kat kfc tue amat2 bermakna..^^



Gambar waktu aktiviti kembara minda dengan group yang
sgt2 sporting..korang memang best la..hehe


Masa refreshment..semangat giler sume..
Siap kena puji sebab belon
tue lagi..hik3^^


Akhirnya kami menang tempat ke-2 cabaran kembara minda..
Kaya kejap...hehe








Saturday, November 19, 2011

Hikmah yang tersurat

Assalamualaikum w.r.t

Selesai sudah hari pertama seminar skill lembut yang aku hadiri...
bagi aku memang tak rugi sebab banyak sangat input2 yang berguna dapat aku perolehi...
Sebenarnya bukan seminar hari ini yang aku ingin ceritakan tetapi pengisian yang aku dapat menerusi Tuan Sidek tadi..
memang sangat2 manarik dan aku nak kongsikan bersama kalian semua untuk renungan bersama....



Kisah bermula dengan kemunculan seorang raja yang amat menyukai buah manga...
Sedang baginda raja sedang menikmati kesedapan buah yang dimakannya tanpa baginda sedar jarinya terputus dek kerana kelalaiannya semasa santapan tersebut...
Kerana terlalu sedih atas kemalangan tersebut baginda menyuruh hulubalang memanggil bendahara mengadap baginda lalu diceritakan apa yang telah berlaku...
Selesai baginda raja bercerita dengan suara yang tenang bendahara menyatakan bahawa segala yang berlaku mungkin ada hikmah yang tersurat...
Baginda yang murka akan kata-kata bendahara terus mengarahkan hulubalang2nya memenjarakan bendara tersebut atas ketelanjuran berkata-kata tadi..
Keesokkan harinya, raja telah pergi memburu bersama-sama dengan hulubalang2nya..
Sedang asyik semua berburu, mereka diserang oleh sekumpulan puak kanibal yang memakan daging manusia lalu mereka melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa masing-masing tanpa menyedari bahawa raja mereka telah ditangkap...
Semasa malam upacara keagamaan mereka, puak kanibal telah memeriksa raja tersebut sebelum dimasak untuk bagi hidangan malam mereka..
Salah seorang daripada mereka menyedari bahawa raja tersebut telah pun cacat lalu mengambil keputusan untuk melepaskannya..
Raja yang amat2 gembira kerana terselamat terus berlari ke penjara istana lalu mengarahkan hulubalangnya melepaskan bendahara tersebut lalu baginda raja mengucapkan terima kasih kepada bendahara atas nasihatnya sebelum ini..
Bendahara hanya tersenyum lalu berkata " patik juga berterima kasih kepada tuanku..Jikalau patik tidak dipenjarakan nescaya patik telah dimakan oleh puak tersebut..segala yang berlaku ada hikmahnya".


Kisah ini amat mamberi kesan kepada aku agar tidak terus menyalahkan apa yang berlaku..
mungkin ada hikmah yang tidak mampu aku banyangkan mengubah hudup aku suatu hari nanti...
Thanks sebab sudi membaca cerita yang bagi aku bermanfaat untuk semua..


Banyangan Sepi
20.06 (19 Nov 2011)

Saturday, October 29, 2011

DuHAI hATi


Assalamualaiku w.r.t

Hari nie tibe2 rase ingin luahkan sesuatu kat sini...
Mungkin sebab da penat sangat dengan segala-galanya..

seseorang penah cakap yang kiranya kita rasa tak tenang, kembali la pada al-quran..
dekatkan la diri pada-Nya..
aku cuba...
tapi diri nie memang tak mampu untuk menutup rasa kecewa..
sampai bila aku kena beralah..
sampai bila aku kena mendahulukan perasaan orang lain yang selalu mengetepikan perasaan aku...
mungkin hari ini Allah berikan aku kekuatan...
untuk melawan rasa sakit nie..
tapi adakah hari2 esok masih sama???



aku bersyukur...
walaupun keadaan yang aku rasakan kini betul2 melemahkan semangat aku untuk memegang amanah ini...
aku masih ada mereka..
sahabat yang selalu membuatkan aku terus kuat dan bertahan...

Ya Allah...
hadirnya mereka atas kehendak-Mu..
aku mohon kekalkan dan berkatilah persahabatan yang Kau kurniakan ini..
moga setiap perjalanan yang bakal aku tempuhi terasa mudah dengan adanya mereka sebagai menyambung kekuatan dari-Mu..


bayangan sepi..
30/10/11 (01.00 am)

Wednesday, October 26, 2011

DIARI KATA 3


Assalamualaikum w.r.t

Setiap saat..detik demi detik kulalui buatkan aku makin terluka. Bukan aku tidak bersyukur dikurniakan orang yang amat-amat mengambil berat akan diriku, namun beginilah lumrah kehidupan..makin kita menyayangi seseorang makin mudah hati terluka kerananya..

Tidak perlu kata-kata sebagai tanda kasih sayang tetapi doa buat seorang sahabat yang amat-amat bernilai....


Monday, September 19, 2011

DIARI KATA 2

Assalamualaikum w.r.t

Kadang kala bukan senang untuk kita puaskan hati semua pihak..Baik di mata kita tak bermakna baik juga di mata orang lain..Inilah yang tak dapatkan kita elakkan walau bukan itu yang kita mahukan..Bukan senang untuk lakukan yang terbaik, apa yang kita mampu..Hakikatnya bukan semua yang kita lakukan dapat di fahami oleh orang lain..Mereka mampu mengkritik apa saja asalkan segala beban dan tanggungan perasaan dapat dilepaskan..Adakah ramai yang bertanya dahulu? selidiki dahulu sebelum menyatakan apa-apa?? Mungkin mereka merasakan pendirian mereka adalah betul tanpa meminta sedikit pun penjelasan terlebih dahulu..tapi adakah mereka tahu sedikit demi sedikit ia akan membuatkan ada hati yang tercalar..

Andai kalian semua mengerti segalanya..andai kalian semua fahami diri ini dahulu, mungkin perasaan benci takkan menyelinap sedkit demi sedikit dalam hati ini..Bukan ini yang ku inginkan tapi diri kalian yang memaksa semua ini terjadi..

Ya Allah..andai ini yang kau uji demi menguatkan lagi imankan,,menjadikan aku seorang yang lebih tabah dengan ujian-Mu..akanku redha dengan segalanya..hanya Kau yang memahami segalanya..Mungkin Kau hilangkan seorang teman yang amatku perlukan buat sementara untukku berdikari atas kakiku sendiri...Ku harap perginya bukan untuk selamanya..

Tuesday, August 16, 2011

DIARI KATA 1

Assalamualaikum w.r.t

Tiba-tiba tangan rajin untuk menekan keypad pagi-pagi ni..Rasanya hampir kita ke penghujung fasa ke-2 ramadhan yang menjanjikan kita dengan sepenuh keberkatan,kemuliaan dan kenikmatan yang kita tidak akan mampu gapai untuk bulan-bulan lain..

Andai esok ramadhan yang terakhir untukku, adakah aku bersedia dengan amal-amalanku???
persoalan ini memang sukar untuk kita Allah tidak akan menjadikan sesuatu tanpa sedikit pun kebaikan yang di sertakan.

Bersyukurlah kita, andai Allah izinkan lagi kita bernafas di bumi ini..berusahalah untuk meningkatkan amal. Janganlah kita mengeluh dengan banyaknya dosa tetapi carilah peluang untuk tingkatkan amal. Moga syurga yang kita cari menjadi pencetus amalan untuk Ilahi...

Thursday, August 11, 2011

SAHABAT & CINTA

Assalamualaikum w.r.t...

Seminggu menyepi..Kali nie saya just nak cakap pasal entry kat atas tu..

Selalunya lah bila kita punyai seorang teman yang istimewa, sahabat yang paling kamceng pun akan jadi jauh cam duduk dua benua..Betul or tak saya tak tahu sebab bagi saya segalanya terletak pada sikap individu tu sendiri..Andai niat untuk bersahabat kerana Allah tanpa apa-apa niat lain, insyaallah segalanya badai, ribut taufan yang datang sekalipun takkan jadi apa-apa..Sebabnya Allah dah lahirkan perasaan sayang dalam diri.

Begitu juga cinta, jangan letakkan cinta atas dasar nafsu dan perasaan semata..ramai orang sekarang bercinta sebab si dia tu hensem la..cute la..bawak kereta besar or stylo giler la..saya pun tak boleh nak cakap apa sebab tu la penangan dari bisikan syaitan..tapi kan kalau kita letak cinta hanya kerana Allah, insyaallah kalau tu jodoh kita dengannya ianya akan kekal...

Jadi andai Allah dah lahirkan rasa cinta dalam diri kita, letakkanlah matlamat cinta tu hanya untuk keredhaan Allah..moga ianya kekal tanpa sedikit pun wujudkan ruang yang boleh rapuhkan sebuah persahabatan..Bak kata orang berkawan biar bercinta biar satu tapi jangan kerana yang satu tu kita hilang yang beribu tu..:)

Saturday, July 23, 2011

Andai maut menjemput..

Assalamulaikum w.r.t


"Andai hari ini aku pergi, ku harap iringilah permergianku dengan senyuman..bukan air mata"..
sebaris ayat ini selalu bermain di fikiranku selama ini..kiranya suatu hari nanti orang yang ku sayangi pergi buat selamanya, bolehkan aku bertahan tanpa sedikit pun menangisi pemergiannya..

Walau telah nyata mati itu akan hadir dalam hidup kita, namun kadang kala manusia tidak penah redha dengan ketentuan itu..Setiap permulaan itu pasti ada akhirnya..begitu juga hidup, mati sebagai penamatnya..

Sama-samalah kita merenung kembali..Adakah masih jauh perjalanan kita??
Assalamualaikum w.r.t

Selepas sekian lama menyepi, kini coretanku kembali menghiasi laman ini..
ramai orang cakap tak kenal maka tak cinta, jadi harap dengan coretan ini sedikit sebanyak
menjadi perkongsian buat semua..